Saturday, 21 May 2016

#TTC.Journey - HSG Test

Hai semua,

Nak sambung cerita pasal rawatan kesuburan setahun lebih yang lalu. Peram cerita terlalu lama kan.. haha..

Post yang lalu, aku ada bagitahu pertama kali buat rawatan kesuburan kat Klinik Pakar Wanita Medina. Keputusan tidak mudah untuk aku mengandung sebenarnya. Rahim terbalik dan endometriosis. Tapi, disebabkan aku masih ovulasi setiap bulan, doc. sarankan aku cuba secara natural dahulu. Dengan bantuan asid folik (aku selalu terlupa nak makan, so tak konsisten langsung), disamping madu, minyak zaitun & jus delima (pun tak konsisten), aku masih juga tak hamil. 

Sedih? Setiap bulan, waktu nak period tu mesti stress dan sentiasa mengharap adanya 'baby'. haha.. Aku rasa setiap yang ttc mesti alami perasaan yang sama kan....?

Last aku jumpa doc. bulan 10/2014. Aku decide utk berehat sekejap. Tapi sebenarnya, aku banyak google rawatan2 lain untuk check kesuburan. Salah satu melalui HSG test. Melalui pembacaan, aku buat appoinment untuk buat HSG di KPJ Tawakkal. So, lepas confirm tarikh prosedur, aku call Klinik Pakar Wanita Medina untuk dapatkan surat rujukan dari Doc. Mashitah untuk buat HSG. Malam before prosedur, aku pergi klinik dan ambil surat tanpa perlu berjumpa doc. pon.

Appointment HSG pukul 9.00 pagi. Aku datang awal dan buat pendaftaran. Lepas tu pergi ke bahagian radiologi dan buat pembayaran RM180.00, kemudian tunggu depan bilik hingga nama dipanggil. Berdebar? Of course la, banyak pengalaman blogger lain yang kata prosedur HSG ni sakit woo..

Bila nama aku dipanggil, aku diminta tukar ke baju yang disediakan. Tanggalkan semua, tinggal tudung je. haha... Kemudian, aku diminta baring kat atas meja.. Wait. Meja ke? hahaha.. Baring atas katil la... Bilik tu sangat sejuk. Lama jugak aku tunggu  doc. sampai. Doc. Fatimah yang sangat baik dan lembut orangnya. Aku mmg request nak buat dengan beliau. Even masa buat appoinment tu mmg cakap nak Doc. Fatimah buat. Dalam surat rujukan pn mention nama beliau.

Macamana prosedur HSG dibuat, aku tak perlu terangkan kot. Semua boleh google. hehe.. Cumanya, ikut pengalaman aku, sakit semasa prosedur tu aku boleh tahan lagi. Sakit juga, huhu... Tapi lepas habis tu aku boleh jalan seperti biasa, takdela macam orang kene sunat tu. hehe..

Oh ya, jangan lupa bawa 'pad'. Sebab, lepas prosedur memang akan bleeding sikit. Dan mungkin cecair 'dye' yang dimasukkan tadi akan keluar semula.

Keputusan?? Hmm.. Dalam 15 minit lepas prosedur, kaunter panggil untuk beri keputusan dalam bentuk x-ray dan report bertulis dari radiologis. Tak dapat m.c. pon. huhu.. Maybe boleh request, tapi aku tak tahu nak request macamana. hehe...

So, dalam masa tunggu suami pick up, aku baca report yang doc. tulis. Jujur, aku tak faham. Aku pun google la. hehe.. Dan buat aku terus down. huhu.. Eh, chop. Kenapa ye aku nak buat HSG test ni?? Sebab aku nak check tiub fallopian aku ok atau tak. Dan melalui bacaan google tadi, tiub kiri aku 'bermasalah'. Macam separa blockage dan banyak lekatan. Belah kanan macam 'ok', tapi xsure. huhu..

Walaupun belum validate lagi dengan Doc. Mashitah, tapi mood aku semestinya sangat2 'down'. Tapi kuatkan semangat dan fikir positif sampai jumpa Doc. Mashitah untuk penjelasan.

No comments:

Post a Comment