Wednesday, 11 February 2015

TTC Journey (2) - Klinik Pakar Wanita Medina

Hi Semua,

Sekarang tengah berehat after operation tempoh hari. Macam mana boleh sampai operation bagai ni kan.. Hihi.. Semuanya bermula dengan check up kesuburan di Klinik Pakar Wanita Medina.

Keywords 'Klinik pakar wanita', banyak cadangan dari carian Google. Nak cari pakar gynae ni satu paling kita mahu mestilah beliau wanita. Kedua, lokasi dekat dengan rumah dan ketiga, masa yang fleksibel memandangkan kita bekerja. Namun, semua tu terpulang kepada pilihan masing2 kan. Review pasal Klinik Pakar Wanita Medina ni sangat2 menarik perhatian. Dr. Masitah yang dikatakan sangat baik dan lembut orangnya. Lokasi pun setengah jam je dari rumah. Plus, buka sehingga lewat malam termasuk hari Sabtu. so yeah, call klinik dan set appointment pertama. Call beberapa kali baru dapat, then for appoinment normally for first timer digalakkan pada hari Jumaat & Sabtu. 

Walaupun klinik ni stated buka dari jam 10 pagi - 10 malam, tapi hakikatnya, doktor jarang2 ade pada waktu pagi. Sebab doktor sebenarnya turut bertugas di hospital KPJ Ampang Puteri. So, kebiasaannya doktor start ade kat klinik pada sebelah malam hingga patient yang terakhir. 

So, kisah aku bermula pada hari appoinment yang ditetapkan.  Suami diminta check sperma dan aku pula buat pap smear. Hihi. Lepas tu buat tvs scan. First, doktor noticed rahim aku kebelakang (RU) dan suspect endometriosis. Hmmm.. actually before decide untuk check up ni, aku banyak membaca perihal infertility. So, aku agak familiar dengan segala term yang doktor cakap. So, yeah.. Risau kot. Jangan main2 dengan endo ye.. Huu

Next, doktor check telur. At that time, ketebalan rahim sangat baik. Masa check ni, CD13 telur pun cantik 18mm belah kanan. Sangat sesuai la. Happy la sikit. Doktor terangkan serba sedikit pasal RU and endometriosis ni. Tapi memandangkan aku ade telur dan rahim yang baik, doktor soh jangan fikir dan try conceive naturally. Doktor inject ape ntah untuk bagi telur pecah within 24 hours. Then, Doktor bekalkan asid folik dan duphaston, Kami kene bersama dalam waktu tertentu supaya peluang untuk conceive tu tinggi. Hihihi..

Suami pula ok. Sperm tiada masalah. Alhamdulillah. 

Dr. Masitah sememangnya seorang doktor yang baik dan lemah lembut. Sentiasa berfikiran positif and suka berkongsi cerita dan info yang kami xtahu.Lebih kurang sejam jugak doktor consult kami. Dia juga berkongsi pemakanan/ penjagaan diet yang baik untuk kami amalkan suami isteri. Best, rasa xperasan dah sejam dalam bilik doktor.

First bill, RM 7++
Bagi kami BERBALOI.


1 comment:

  1. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete