Thursday, 25 September 2014

Cerita TTC Saya

Hi semua,

Sy baru dalam dunia blogging. Tapi, sy ambil peluang ni untuk bercerita berkenaan perjalanan ttc (trying to conceive) sy. Sebelum ni, sy banyak refer kepada blog2 berkenaan ttc dan perjalanan hidup mereka. Dan dari cerita mereka juga dapat kuatkan semangat saya untuk memulakan ttc :))  Fyi, Ogos 2014 genap setahun usia perkahwinan dengan suami. Dari awal perkahwinan mmg xpernah merancang kehamilan, maksudnya memang teruja untuk dapat anak je terus. Tapi, belum ade rezeki lagi. Hee



Dalam tempoh setahun tu, biasalah hadap dengan soalan2 cepu emas kan. Seawal sebulan perkahwinan pon dah dgr "Ada isi dah..?", "Bila nak ada anak?" dan soalan2 yang seangkatan dengannya. Awal2 tu kita positif je, jawab jela "Belum". Bila tiba hari raya lagi mencabar, sebab soalan popular bila kerumah2 saudara mara ialah anak. Hehe.. Xpela. Nak buat camne. Minda masyarakat kita memang mcm tu. Tapi, alhamdulillah, ade jugak yang memahami situasi kita. 



Perasaan saya? Hmm.. Becampur baur. Setiap kali period, akan rasa down amat. Setiap bulan pun mengharapkan sesuatu akan berlaku. Tapi kita hanya merancang, Allah jualah yang menentukan. Berusaha. Berdoa. Bertawakkal.



Bagaimana dengan orang terdekat?



Suami. 

Seorang yang paling memahami. Die pon sedih sama macam saya. Tapi die juga positif sama macam saya. 


MIL.

Juga sangat memahami. MIL xpernah tanya soalan berkenaan anak kepada saya. Hanya tanya kepada suami. Xtahu kenapa.. Hihi. Mungkin xnak sy terasa. Tapi, MIL akan suggestkan untuk saya berurut, makan supplemen. Bagi sy bagus. Sbb MIL xpernah beri tekanan kpd sy, malah berusaha untuk sy juga :) 


Mak.

Memahami. Tapi sedikit konservatif. Maksudnya, bila berkata nampak mcm xde ape. Tapi sebenarnya tekanan bg sy. Gitu. Hihi. Tapi mak xpernah putus doa untuk sy. 


Oh ya, selepas sy kahwin. Kedua2 orang kakak ipar sy mengandung. Hihi. Dan kini, seorang dah bersalin 3bulan lepas, dan kedua akan menyusul bulan 10. Itu pressure. Haha... Tapi sy tetap sayang semua anak2 buah sy yang nak masuk 8 orang. 


No comments:

Post a Comment